Tuesday 31 July 2007

IS JESUS GOD?

IS JESUS GOD?

JESUS HIMSELF DENIED BEING GOD


LUKE 18:19 Why callest thou me good? There is none good but one, that is God

LUKE 2:52 Jesus grew in wisdom and stature and in favor with God and men.

JOHN 8:42 I proceeded forth and came from God, neither came I of myself but he sent me.


GOD IS ALL KNOWING BUT JESUS WAS NOT

Matt 24:36 But of that day and hour no man know, not the angels which are in heaven, nor the son, but only the father. But God knows all, since Jesus does not know of the day of judgment he is not all-knowing and therefore not God

Although Jesus performed miracles he admitted that his power was not his own
John 5:19 I can of mine own self do nothing

Matt 12:28 I case out devils by the spirit of God

Luke 22:43 An angel appeared to Jesus and strengthened him



God does not have a God but Jesus did have a God.



Jon 20:17 I ascend unto my father and your father, and to my God and your God.

Matt 27:46 My God My God why hast thou forsaken me?

Luke 6:12 One day Jesus went out to a mountainside to pray and spent the night praying to God.

Hebrews 5:7 During Jesus days on earth, he offered prayers and petitions with loud cries and tears to the one who could save him.



God does not lose power and if someone drains him of power he would know who had done it.

Mark 5: 25-32 When she heard about Jesus, she came up behind him in the crowd and touched his cloak, because she thought, If I just touch his clothes, I will be healed. Immediately her bleeding stopped and she felt in her body that she was freed from her suffering. At once Jesus realized that power had gone out from him. He turned around in the crowd and asked, Who touched my clothes? But Jesus kept looking around to see who had done it.

God is an invisible spirit but Jesus was flesh and blood. John 1:18 No one has ever seen God, but God the One and Only.

No one is greater than God and no one can direct him But Jesus acknowledged someone greater than himself.

John 14:28 My father is greater than I.

Wednesday 18 July 2007

Bila Lelaki Menjadi Dayus

Hadis Nabi S.A.W.

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1.) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2.) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3.) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4.) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5.) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6.) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7.) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8.) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9.) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10.) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11.) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12.) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13.) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14.) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Friday 15 June 2007

Lelaki Islam mesti belajar kawal hawa nafsu

Oleh: SAODAH ABD. RAHMAN
PERISTIWA wanita membunuh anak kerana terlalu kecewa dengan sikap suami yang tidak bertanggungjawab serta mengguris hatinya perlu dijadikan satu renungan kepada keseluruhan umat Islam dalam negara ini. Umat Islam kurang prihatin dalam soal berkaitan tanggungjawab rumah tangga dan erti perkahwinan dalam Islam.
Ramai umat Islam beranggapan bahawa perkahwinan merupakan satu cara untuk memenuhi kehendak hawa nafsu sahaja. Mereka tidak memahami bahawa ikatan perkahwinan itu merupakan satu tanggung jawab paling berat di sisi Allah.
Sikap dan corak pemikiran yang terlalu cetek mengenai erti dan konsep perkahwinan menyebabkan ramai lelaki Islam tidak menghormati wanita.
Apabila perkahwinan dilihat dari perspektif untuk memenuhi hawa nafsu sahaja maka wanita yang dijadikan sebagai isteri hanya dianggap sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu.
Pemikiran begini bukan sahaja boleh menyebabkan wanita Islam berada dalam suasana gelisah dan resah malah ia juga boleh mendorong muda-mudi Islam menganuti konsep kehidupan sekular Barat yang beranggapan bahawa perkahwinan itu hanya merupakan sekeping kertas yang mengesahkan hubungan seks di antara lelaki dan wanita.
Tekanan jiwa dan perasaan wanita akibat sikap suami yang tidak bertanggungjawab semakin hari kian ketara. Kecuaian suami terhadap rumah tangga boleh menyebabkan isteri menderita.
Kematangan pemikiran dalam memahami erti hidup dan tanggungjawab tidak tersemat dalam jiwa ramai lelaki Islam masa kini. Kekuatan untuk mengawal hawa nafsu kian tipis akibat daripada kurang melatih diri supaya menjadi orang yang menggunakan akal apabila ingin melakukan sesuatu.
Jika lelaki Islam tidak dididik mengawal hawa nafsu dengan menggunakan akal secara rasional mereka tidak akan merasai kepuasan hidup walaupun memiliki beribu orang isteri. Al-Quran mengajar lelaki Islam supaya mengutamakan tanggungjawab rumah tangga, isteri dan anak-anak daripada mengikuti bisikan hawa nafsu.
Sejauh manakah lelaki Islam memahami konsep hidup berumah tangga dan erti kasih sayang terhadap isteri merupakan satu persoalan yang sering bermain dalam minda wanita.
Kegelisahan dan keresahan perasaan isteri tidak pernah difikirkan oleh para suami kerana sikap keegoan sebagai seorang lelaki dijadikan sebagai lambang kekuatan. Hakikatnya, keegoan ini merupakan satu simbol kepada kelemahan dan kehinaan.
Perkara berhubung kait dengan perkahwinan, perasaan suami isteri dan tanggungjawab mereka terkandung di dalam al-Quran. Cara umat Islam menghuraikan kehidupan berumah tangga dan keselamatan wanita adalah berdasarkan kepada pengamatan diri sendiri dan latar belakang keluarga dan melihat realiti kehidupan masa kini bagi menyelesaikan permasalahan keselamatan wanita dan rumah tangga.
Kaedah penyelesaian masalah rumah tangga dan keselamatan wanita tidak perlu mengikut cara yang dilaksanakan oleh masyarakat kuno kerana konteks kehidupan wanita masa kini adalah terlalu jauh perbezaannya.
Sikap terlalu gemar menggalakkan lelaki berpoligami adalah punca utama yang boleh menyebabkan lelaki kurang menggunakan akal yang waras apabila dipengaruhi oleh hawa nafsu.
Hasilnya, lelaki yang masih muda dan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi begitu mudah mengamalkan poligami. Kesan daripada sikap tidak bertanggungjawab dan tidak matang dalam mengendalikan hawa nafsu menyebabkan isteri menjadi tidak waras sehingga sanggup membunuh anak.
Perkahwinan dalam Islam sering menggambarkan keindahan dan kebahagiaan pasangan dalam bentuk kasih sayang. Lantaran kejahilan lelaki Islam dalam soal tanggung jawab rumah tangga dan kurang keupayaan dalam mengendalikan hawa nafsu menyebabkan isteri dan anak-anak hidup menderita.
Seorang suami yang mempunyai pendapatan yang rendah tidak mungkin dapat menunaikan tugas sebagai seorang suami yang baik apabila mengamalkan poligami. Isteri terpaksa membanting tulang mencari nafkah untuk menyara anak-anak. Mencari nafkah hidup dan menyara anak-anak adalah tanggungjawab suami.
Poligami bukan digalakkan oleh Islam tetapi ia hanya merupakan satu keharusan kepada lelaki yang layak dan berkemampuan. Oleh itu usah terlalu gemar menyeru lelaki berpoligami.
Tugas umat Islam ialah melatih lelaki Islam supaya belajar mengawal hawa nafsu dengan menggunakan akal yang berteraskan kepada seruan Ilahi supaya isteri dan anak-anak merasai bahawa perkahwinan merupakan syurga kehidupan di dunia, bukan neraka yang ditempah untuk hidup di dunia ini.

Tuesday 12 June 2007

Di kedai seafood, sunderland


Waiting for danial and Hafiz.. photographer: Abg shahide